Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok

Share

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk dirakam keterangan di Bukit Aman, esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Presiden PKR itu diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan isu penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen, yang didakwa menyokong beliau mengambil alih pentadbiran negara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah memaklumkan kepada Anwar untuk tampil ke Bukit Aman, esok.

Difahamkan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan merekod percakapan Ahli Parlimen Port Dickson itu jam 3 petang-BH

Leave a Reply