Siapakah haramzada (haramjadah) yang menyebabkan ledakan baru pandemik Covid-19, soal Kadir Jasin

1. Suka tak suka, sekadar yang mampu dan praktikal, kita terpaksa patuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.

2. Tapi apa yang wajib ditegaskan di sini adalah hakikat bahawa penularan semula pandemik ini tidak berlaku dengan sendirinya.

3. Virus Corona yang menyebabkan Covid-19 ini tidak tunggang motosikal atau pandu kereta dari rumah ke rumah mencari mangsa.

4. Ia tidak juga disebarkan oleh nyamuk, tikus atau pijat. Ia disebarkan oleh manusia yang tidak ikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kerajaan laksanakan.



5. Tapi siapakah “haramzada” yang menyebabkan ledakan baru pandemik ini?

6. Kalau ikut perangkaan Kementerian Kesihatan ia bukan daripada punca luar yang diimport. Punca ini ada tapi tidak banyak. Dua, tiga kes saja sehari.

7. Ledakan baru ini bermula sebaik saja para politikus “kepala bapak” kecil dan besar balik daripada berkempen, cari makan dan makan angin dalam pilihan raya negeri Sabah 26 September lalu pulang ke Semenanjung dan dengan sewenang-wenangnya melanggar SOP – termasuk Menteri.

8. Di kalangan penduduk Sabah di Semenanjung yang balik mengundi pun ada yang membawa pulang wabak itu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan mereka.



9. Politikus kemaruk kuasa yang mencetuskan krisis sehingga memaksa PRN Sabah diadakan wajar dikutuk sekeras-kerasnya.

10. Begitu juga Menteri-menteri kerajaan tebuk atap (mengguna pakai jenana yang diberikan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang) yang berdolak-dalik mengenai keperluan kuarantin kendiri setelah balik daripada berkempen di Sabah.

11. Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakan PKPB ini, mohon mereka berpatut padan dan berperikemanusiaan.

Wallahuaklam.Terima kasih.



A Kadir Jasin

Kadir Jasin sindir anggota Kabinet, Azmin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker