Klang, Shah Alam alami gangguan air lagi malam ini

SHAH ALAM – Enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air itu akibat kejadian paip pecah yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam

disebabkan oleh pihak ketiga.

“Bekalan air ditutup pada jam 9 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan ia dijangka siap pada jam 9 pagi esok.



Polis sahkan Anwar diminta ke Bukit Aman atas tarikh pilihannya sendiri

“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang esok,” katanya.

Katanya, pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.



“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari masa ke masa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram,

serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya. SH

Keputusan PKPB Kerajaan Persekutuan pada Selangor mengejutkan – MB Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker