Polis sahkan Anwar diminta ke Bukit Aman atas tarikh pilihannya sendiri

Share

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini.

“Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk memberi keterangan pada 12 Oktober, jam 11 pagi. Namun begitu, setiausaha sulit beliau memaklumkan bahawa Anwar hanya dapat hadir pada 13 Oktober, jam 9 pagi.

“Justeru, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata Huzir.

Dia juga menegaskan kepada orang ramai agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut.

Najib smash Mahathir, Dun Sabah bubar sebab Shafie sanggup mati

“PDRM menasihatkan semua pihak yang berkepentingan supaya tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,” kata Huzir.

Beberapa anggota parlimen Umno, termasuk ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim dan ahli parlimen Besut, Idris Jusoh, sebelum ini membuat laporan polis untuk menafikan pembabitan mereka setelah nama masing-masing muncul dalam senarai yang dinyatakan.

Presiden PKR itu pada akhir bulan lalu mendakwa bahawa dia telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Anwar juga dijadualkan menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongannya kepada Seri Paduka esok.

Mengulas lanjut, pengarah jabatan siasatan jenayah itu berkata satu siasatan telah dijalankan ke atas kes penyebaran senarai 112 anggota Parlimen yang didakwa menyokong Anwar.

Anwar sebagai PM-9, Perlumbaan yang hampir ke garisan penamat

“Siasatan dimulakan setelah menerima laporan polis daripada anggota Parlimen Jerantut, Pahang pada 8 Oktober yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yakin dia mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan seterusnya dan melayakkannya dilantik  sebagai perdana menteri.

Namun, beberapa anggota Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong Anwar seperti yang didakwa.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini

Leave a Reply