Cerita Lokman Adam Adalah Tidak Benar – Shamsul Anuar Nasarah

Share

Dakwaan Lokman Nor Adam yang menyatakan YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga & Sumber Asli adalah antara Menteri Kabinet yang akan meletak jawatan adalah tidak benar dan jelas sekali berunsur fitnah.

Lokman Adam menyatakan demikian dalam satu video di Page Facebook Suara Rakyat pada sekitar jam 9 malam pada 11 Oktober 2020.

Lokman mendakwa YB Dato’ Shamsul Anuar akan meletak jawatan kononnya kerana tidak menyokong YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika dihubungi, YB Dato’ Shamsul menyatakan cerita yang dibuat oleh Lokman Adam itu adalah tidak benar sama sekali.

“Apa yang didakwa oleh Lokman dalam video itu adalah fitnah dan tidak benar” ujar YB Dato’ Shamsul.

Sebelum ini ahli-ahli parlimen Barisan Nasional turut membuat laporan polis menafikan mereka terlibat dalam menyokong Anwar Ibrahim.

Jadi, malam ini timbul pula Lokman Adam membuat tuduhan dan cerita palsu dan mengaitkan nama YB Dato’ Shamsul yang kononnya akan meletak jawatan.

Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah dan cerita-cerita tidak benar sebegini yang jelas sama sekali bertujuan hanyalah sekadar untuk pembunuhan karakter dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. BN

Lupakan Mahathir, Lupakan Anwar. Utamakan Rakyat– Dr Shamsul Anuar

Leave a Reply