2U21 mekanisme terbaik siapkan graduan – Wan Junaidi

Program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2U2I) adalah mekanisme terbaik untuk menyiapkan graduan ke pasaran pekerjaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata program itu dapat mempersiapkan graduan bukan hanya melalui pembelajaran secara teori, malah persediaan bagi menempuh alam pekerjaan selepas menamatkan tamat pengajian.

Beliau berkata pendekatan seperti itu sudah dipelopori oleh agensi di bawah kementerian contohnya Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang menyediakan platform latihan serta ‘coaching’ dengan pendedahan secara teori serta banyak secara praktikal.

“Saya percaya pembelajaran berterusan berlaku bukan sahaja di dalam ruang lingkup di bilik kuliah sahaja, malah penempatan di industri akan memberi pembelajaran berterusan secara amali.



“Konsep seperti ini juga saya nyatakan ketika sesi perbincangan berhubung penubuhan Kolej Universiti Koperasi dengan pihak i-Coop baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, melalui inisiatif Protege, kementerian juga memulakan penempatan graduan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya dapat mengasah bakat, memberi pendedahan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan lebih tinggi.

“Ini amat penting bagi membuka peluang yang lebih luas dan membantu meningkatkan jaminan peluang pekerjaan kepada graduan dan belia Malaysia,” katanya.

Menyentuh mengenai TV Sarawak (TVS), Wan Junaidi berkata, ia satu inisiatif yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh masyarakat tempatan di Sarawak.



“Sejak sekian lama, program dan berita Sarawak hanya menjadi antara segmen di stesen utama sedangkan begitu banyak pemberitahuan berita bermanfaat dalam kalangan penduduk Sarawak yang boleh dikongsi dan dihebahkan.

“TVS juga dijadikan platform sebagai latihan industri kepada graduan dalam bidang komunikasi dengan tunjuk ajar pakar dalam bidang berkaitan selain menjadi medium hebahan penting untuk penyampaian maklumat tempatan yang berkesan oleh kerajaan,” katanya. BH

75,000 bakal graduan dijangka terkesan COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker