Aktiviti luar musim panas, sekolah diingatkan patuhi arahan KPM

Susulan kemunculan maklumat di laman sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa ada sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.

Pengarah JPNT, Jelani Ngah, berkata mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.



“JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker