Pengarah Media PAS Selangor hina Agong, Pemuda UMNO buat laporan polis

 

PASIR GUDANG: Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang memohon siasatan dijalankan terhadap individu memuat naik hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial Jumaat lalu.

Berikutan itu, pergerakan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini pagi tadi berhubung hantaran dipercayai oleh Pengarah Media PAS Selangor, Hezry Yasin

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Pasir Gudang, Matyasir Ahmad Basir, berkata tindakan pemimpin muda PAS berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.



“Individu itu menyatakan ketika doa untuk Yang di-Pertuan Agong beliau tidak menadah tangan kerana doanya hanya untuk pemimpin yang mempertahan dan memperjuangkan Islam.

“Pemuda UMNO Pasir Gudang berasakan kenyataan ini adalah fitnah, mahu menjatuhkan serta menghina institusi diraja, “katanya ketika ditemui di luar pekarangan IPD Seri Alam di sini, hari ini.

Terbaru, menerusi Facebook, Hezry memohon maaf atas kekhilafannya dan menyatakan penulisan itu hanya pandangan peribadi.

“Sungguh, memang langsung tak ada niat menghina institusi beraja. Cuma sekadar pandangan daripada diri sendiri.



“Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua. Dan saya tidak menafikan doa untuk sesama Muslim itu sangat baik.

“Semoga Malaysia menjadi sebuah negara seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Surah As-Saba,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker