Suka Gigit Kuku? Hentikan Segera, Ini 5 Sebab Kenapa Tabiat Ini Tak Bagus Pada Kesihatan

Sesetengah orang berpendapat tabiat mengigit kuku ini ada berkaitan dengan masalah psikologi

Mesti ada seringkali melihat tabiat sebegini di hadapan anda. Tidak kira rakan atau ahli keluarga. Tabiat ini sukar dibendung.

Kebanyakkan orang yang mempunyai tabiat ini akan cakap:

“Sedaplah gigit kuku”



Ya, ia memang sangat susah nak berhenti jika seseorang sudah terbiasa sebegini. Ada juga yang gigit sampai sampai berdarah pada hujung jari. Kedengaran pun memang agak menakutkan.

Ini sebab kenapa mengigit kuku akan beri kesan tidak bagus untuk kesihatan kita:

1. Menyebabkan jangkitan kuman

Menggigit kuku boleh menyebabkan kulit pada kutikel koyak dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Masalah gigi atau kecederaan gusi juga boleh berlaku.

2. Menyebabkan sakit perut

Apabila kuku yang digigit ditelan, kuman yang terselit di bawah permukaan kuku dipindahkan ke dalam perut. Cacing jarum (pinworms) dan bakteria di bahagian dubur boleh dipindahkan kepada perut dan menyebabkan sakit perut.



3. Hubungan dengan Penyakit Obsesif Kompulsif (OCD)

Tabiat ini juga dikatakan mempunyai sedikit sebanyak berhubung kait dengan penyakit obsesif kompulsif atau lebih dikenali sebagai ‘Obsessive Compulsive Disorder’ (OCD). Penyakit obsesif kompulsif dikategorikan sebagai tindakan kompulsif yang berlebihan di dalam sesuatu perbuatan seperti tabiat menggigit kuku.

4. Menganggu pertumbuhan kuku

Berkemungkinan besar kuku anda itu tidak boleh tumbuh semula kerana bila ia digigit sehingga timbul masalah besar pada kuku, ia boleh mengganggu kuku tersebut daripada tumbuh.

5. Dapat penyakit E.coli

Bakteria E.coli adalah antara bakteria berbahaya yang boleh membawa maut. Mengigit kuku yang kotor dan tangan yang tidak dicuci boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit E.coli ini tanpa sedar!

Sebab itulah jangan jadikan perbuatan gigit kuku sebagai amalan, ianya boleh memudaratkan kesihatan korang. Take note okay! Says



Gigit ‘anu’ perogol sampai putus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker