Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut, Fizi Ali Mengaku Silap…. Demi Kembangkan Karier Pengacaraan

Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut, Fizi Ali Mengaku Silap. Demi Kembangkan Karier Pengacaraan

ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, penyampai radio Fizi Ali mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan Suria FM pada saat-saat akhir.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada semua rakan penyampai di Suria sebelum memulakan tugas di Hot FM pada Selasa.



“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar.

“Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu,” katanya.

Sebelum itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin meluahkan rasa kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Fizi dan tindakannya itu menyebabkan kerugian kepada stesen radio di bawah seliannya.



Ini kerana mereka sudah merangka pelbagai program promosi yang menyebabkan syarikat kerugian puluhan ribu ringgit.

Dalam pada itu, Fizi turut mengakui kesilapan diri apabila meninggalkan Suria FM secara mengejut dan berharap isu ini
diselesaikan sebaik mungkin.



“Saya akui tinggalkan Suria secara mengejut adalah satu kesilapan. Sebelum berpindah saya dah minta maaf kepada semua dan mohon restu untuk mulakan tugas di tempat baharu.

“Saya tidak pergi begitu sahaja. Syukur masing-masing merestui penghijrahan saya dan anggap isu tersebut telah selesai,”
jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang keputusannya untuk berpindah ke Hot FM, kata Fizi ia bukan semata-mata kerana wang namun mahu mengembangkan potensi kerjaya sebagai seorang pengacara.



“Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM).

“Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja,” jelasnya. mSTAR

Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut, Fizi Ali Mengaku Silap. Demi Kembangkan Karier Pengacaraan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker