Ada Yang Suruh Boikot Francais Minuman, Sharnaaz Ahmad Bersuara – “Jangan Begitu, Kami Takdak Kena Mengena, Kami Cari Rezeki Halal…”

Share
Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.

Susulan itu beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang didakwa dalang sindiket tersebut.

Ahli perniagaan dikenali sebagai Datin A tersebut turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.

Baru-baru ini Shuib serta selebriti dan usahawan telah dipanggil untuk membantu siasatan, namun mereka telah menerima tempiasnya gara-gara Datin A.

Antaranya ialah gesaan untuk menutup dan memboikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.

Di laman sosial Twitter individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.

“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya.

 

Siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA), SPRM – Gempak

Leave a Reply