Rumusan perutusan khas PM : Abah akan mula merotan

Pastinya ramai ternanti-nanti dengan perutusan khas PM mengenai situasi semasa Covid-19 di negara kita.

Ramai ternyata kecewa dengan perutusan tersebut yang ternyata hanyalah nasihat kepada rakyat mengenai sop membendung gejala Covid-19 yang rata-rata sudah pun memahaminya.

Mungkin rakyat tertunggu-tunggu dengan pengumuman seperti moratorium dilanjutkan dan tentang pelajaran anak-anak yang tertangguh di universiti.

Akhir sekali abah hanya berkata akan mula ‘merotan’. Terima kasih Abah

Antara intipati perutusan PM :

PKP tidak akan dilaksanakan

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara kerana “dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.”

Ini walaupun jumlah kes Covid-19 harian mencapai tahap tertinggi selama beberapa hari lepas..

“Setakat hari ini, kita tidak memikirkan soalan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di selurah negara atau total lockdown,.

“Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai kes-kes Covid-19 yang tinggi.

“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas,” kata beliau hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan menjangkakan kes Covid-19 baru akan meningkat dalam beberapa hari mendatang, namun jelasnya kerajaan hari ini lebih memahami dan dalam keadaan lebih baik untuk menangani penularan wabak itu.

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani 9 penularan Covid 19 tanpa perlu kita menutup sektor-sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Apa jua keputusan yang diiambil, perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat kita yang keluar bekerja. Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” kata perdana menteri lagi.

Buat masa ini, Malaysia dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.


7 menteri, 6 timbalan sedang kuarantin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa sebanyak tujuh menteri dan enam timbalan menteri sedang menjalani kuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari.

Ini ekoran status Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad, yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Muhyiddin mengesahkan perkara tersebut dalam perutusan khas berhubung situasi semasa Covid-19 menerusi siaran langsung daripada rumahnya sebentar tadi.

“Kesemua mereka ini juga tidak terkecuali daripada mematuhi arahan kuarantin.

“Mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyenaraikan nama menteri dan timbalannya yang sedang menjalani kuarantin.

PM akui kempen PRN Sabah antara punca kes Covid-19 naik

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah antara punca peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Katanya, PRN Sabah terpaksa dilakukan kerana DUN dibubarkan Yang di-Pertua Sabah ,Juhar Mahiruddin.

“Saya akui kempen PRN di Sabah juga menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19

“PRN Sabah terpaksa diadakan apabila TYT Sabah telah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu, ini sesuatu tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk dalam perlembagaan,” katanya menerusi Perutusan Khas Covid-19.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker