Tanah runtuh di tiga lokasi Jalan Tapah – Cameron Highlands

Share

Hujan renyai-renyai yang berterusan menyebabkan berlaku tanah runtuh di tiga lokasi di Jalan Tapah – Cameron Highlands dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu mulai pukul 6 petang.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh di Batu 24 Jalan Pahang Tapah – Cameron Highlands.

“Kedua-dua arah tidak boleh dilalui tetapi tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau harta,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azharudin berkata, pasukan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa telah berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Pihaknya juga, kata beliau, mengesan dua lagi lokasi pokok tumbang iaitu di Batu 12 dan Batu 18.

“Hanya satu laluan boleh digunakan oleh kenderaan ringan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat,” ujarnya.
Beliau menambah, buat masa ini, kerja-kerja pembersihan ditumpukan terlebih dahulu di Batu 14. Awani

Ambil alih konsesi 4 lebuh raya durian runtuh untuk Gamuda

Leave a Reply