Setelah 34 tahun, Roy kembali berkarya bersama Fauziah Latiff

Ingatkah anda lagi dengan pasangan duet Roy & Fran (Royston Sta Maria dan Francissca Peter) yang popular di era 80-an dahulu? Pasangan duet yang terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Siapa Dia Sebelum Daku, Tak Kenal Maka Tak Cinta ini sememangnya sudah lama membawa haluan seni masing-masing.

Roy bagaimana pun masih lagi aktif di dalam bidang seni suara walaupun telah berhijrah dan menetap di Perth, Australia sejak 1988 lagi.

Lagu ‘hit’ Roy, Mulanya Di sini nyanyian kumpulan Freedom pada tahun 1986 dahulu sememangnya menjadi siulan dan kini Roy kembali dengan sebuah lagu terbaharunya ‘Suka Suka’, dan dia mengharapkan sejarah berulang kembali.

Berbezanya kini, pasangan duetnya adalah penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff yang turut bekerjasama dengan Roy dalam penulisan lirik lagu ‘Suka Suka’.



Roy dan Fauziah turut berduet buat pertama kali dalam sebuah lagu cinta nukilan Habsah Hassan yang berjudul ‘Tanpa Noktah’.

Fauziah Latiff dan Roy ternyata bukanlah asing dari dulu, Roy telah menerbitkan album pertama Fauziah berjudul Digamit Memori pada tahun 1987, malahan menulis sebuah lagu yang berjudul Segala Berakhir Di Sini, semasa Fauziah berusia 17 tahun.

Menurut Roy “Lagu baru ini adalah berdasarkan nostalgia. Ramai orang mengingati saya dengan irama yang sebegitu. Mereka juga lebih menyukai muzik zaman 80-an. Jadi karya saya menurut gaya pada zaman itu,” katanya.



Roy, 68, meminta penulis lirik Slen Fadzil untuk mengikut gaya Syed Haron Syed Ahmad, penulis lirik ‘Mulanya Di Sini’, selain menulis lirik yang gembira dan memberi inspirasi.

“Suka Suka adalah mengenai kegembiraan, berhadapan cabaran dengan senyuman dan sentiasa menyukai apa yang kita lakukan,”

“Saya hanya membiarkan Habsah menulis ‘Tanpa Noktah’ menurut kata hatinya, memandangkan Habsah sendiri telah menulis kebanyakan lagu-lagu saya yang popular. Dia mengenali personaliti saya dan sentiasa menghasilkan lagu yang baik,”ujar Roy lagi.

Roy juga menyatakan betapa dirinya dan Fauziah ternyata selesa antara satu sama lain, walaupun kali terakhir mereka bersua adalah semasa Fauziah berusia 17 tahun. Fauziah juga teruja untuk bergandingan dan berkerjasama dalam duet ini.



Kali terakhir berjumpa Fauziah adalah semasa Roy menerbitkan album pertama Fauziah sewaktu berusia 17 tahun pada 1987.

Kolaborasi dengan Fauziah telah diputuskan oleh Roy sendiri memandangkan Fauziah merupakan seorang penyanyi terkemuka yang telah mengeluarkan 17 album dan satu demi satu lagunya menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Rakaman lagu telah dilakukan pada Mac lalu semasa Roy telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Konsert Amal Musicians for Musicians, namun terpaksa ditunda gara-gara pandemik Covid-19.

Rancangan Roy untuk kembali ke industri muzik dengan lagu terbaharu telah lama dibincangkan dengan produser Jason Shahul dari kumpulan muzik Gingerbread, yang juga merupakan teman rapat Roy selama 40 tahun yang lepas. Namun, rakaman lagu hanya boleh dilakukan beberapa bulan yang lepas di Studio Gingerbread di Singapura.



Lagu-lagu yang telah dikeluarkan pada 18 September lepas akan diedarkan oleh Universal Music dan boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, dan Google Play.

Roy, yang sebelum ini menulis banyak lagu dan telah memenangi pelbagai pertandingan sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Dia juga merancang untuk menulis lebih banyak lagu untuk industri muzik Malaysia hari ini dan berharap agar generasi baru menyukai gaya muziknya yang lebih santai.

‘Mulanya Di Sini’ yang dipersembahkan oleh Freedom, telah memenangi tempat kedua di Festival Lagu Asean 1986 dan telah dijadikan lagu tema untuk mempromosikan Malaysia Airlines. Lagu ini juga telah menjadi sebahagian daripada perayaan Merdeka dan Hari Malaysia dan telah dimainkan dalam lebih 10 iklan komersial. Fmt



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker