Menteri dikuarantin, mesyuarat batal

SHAH ALAM – Seramai lima menteri Kabinet dilaporkan sedang menjalani kuarantin selepas pulang berkempen daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti disyorkan kerajaan.

Antaranya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Susulan itu, ia dipercayai turut menjejaskan mesyuarat Kabinet yang sepatutnya berlangsung pada setiap hari Rabu tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran rata-rata pemimpin yang perlu menjalani kuarantin, selain dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ismail Sabri memaklumkan beliau terus membuat ujian swab sebaik pulang dari Sabah dan perlu kuarantin di rumah sehingga keputusan diperoleh.

“Ujian swab untuk kepastian status dan jika keputusannya negatif, bebaslah dari kuarantin.

“Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri. Patuhi SOP (prosedur operasi standard),” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

Ismail Sabri turut menasihatkan sesiapa yang bergejala untuk segera ke klinik atau hospital melakukan ujian swab.

Tiada lagi kuarantin di rumah bermula Jumaat

“Namun jika ada kontak rapat (close contact) yang positif Covid-19, walaupun result negatif, dikenakan 14 hari kuarantin wajib,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin juga diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September lalu selepas pulang berkempen di Sabah.

“Memandangkan di Sabah baru-baru ini saya telah pergi ke Pitas bagi membantu kempen calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim yang disahkan positif Covid-19, saya telah diarahkan untuk menjalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif.

“Saya tahu ada sebahagian daripada jentera BN telah disahkan positif dan berharap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan.

“Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi, namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat, selain risiko dijangkiti tetap tinggi,” tulisnya di Facebook.

Mahathir ‘Gila Talak’, masih mengaku UMNO partinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker