Kakitangan positif Covid-19, tabika Kemas di Terengganu ditutup

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah di Bukit Besi dekat sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

Pengarahnya Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu.

Bagaimanapun katanya, tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak.

“Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut menjalani ujian saringan Covid-19, termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.



“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya hari ini.

Katanya, buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. Bernama

76 tabika, taska di Kedah ditutup akibat kluster Sivagangga



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker