COVID-19: “Mula-mula negatif, sekarang positif” – ADUN Ayer Limau

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.

Mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, Amiruddin berkata beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Isnin lalu.

“Pada Selasa, saya hubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah untuk mengetahui keputusan ujian swab ke atas saya yang dilakukan di KLIA.

“Saya maklumkan nombor kad pengenalan saya kepada pegawai bertugas dan dimaklumkan keputusan COVID-19 saya adalah negatif dan diminta untuk datang dan potong gelang.

Selepas disahkan negatif dan gelang kuarantin dipotong, Amiruddin berkata, pada Rabu beliau meneruskan rutin seperti biasa kerana terdapat banyak tugasan yang tertangguh.

“Pagi Rabu, saya telah ke Kompleks Seri Negeri sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.

“Selepas itu, saya balik ke rumah dan berehat. Pada sebelah petang, isteri saya maklumkan yang Exco Kesihatan kata yang saya positif COVID-19.

“Waktu itu pihak PKD Alor Gajah sudah ada di hadapan rumah untuk membawa saya ke hospital,” ujarnya.

Beliau dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam maklumat yang diberi oleh pihak PKD Alor Gajah kepadanya.

Amiruddin yang kini dimasukkan ke Hospital Besar Melaka tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak susulan kesilapan itu.

Beliau sebaliknya berharap penyaluran maklumat dapat diselaraskan dengan sempurna bagi mengelak sebarang masalah yang lebih besar.

Susulan kes positif itu, Kompleks Seri Negeri pada Khamis ditutup bagi proses nyah cemar.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker