Gelagat Budak Lelaki Kena Kejar Burung Murai Bikin Pecah Perut [ VIDEO ]

Tabiat ‘mobbing‘ atau membuli adalah serangan yang dilakukan oleh burung untuk mempertahankan diri dan anak-anak mereka dari pemangsa.

Apabila terdapat pemangsa yang mengancam ketenteraman mereka, burung akan terbang ke arah pemangsa untuk mengalihkan perhatian dan mengganggunya supaya pemangsa berasa takut dan beredar.

Kadang-kala mereka akan menyerang secara fizikal dengan mematuk dan mencakar pada pemangsa sambil mengeluarkan panggilan penggera untuk memanggil burung-burung lain untuk sama-sama menyerang pemangsa.



Aktiviti mobbing ini biasanya bermula dengan seekor atau dua burung sahaja, tetapi bunyi bising yang dihasilkan seekor burung akan menarik burung-burung lain dari pelbagai spesies untuk menyertai perbuatan itu.

Mujur budak lelaki dalam sebuah video yang tular ini hanya diserang seekor burung murai yang tidak membuat bising untuk memanggil burung-burung lain.

Namun gelagat kanak-kanak itu yang sedang melarikan diri dengan skuter sambil menjerit panik ketika burung itu mengekorinya membuat netizen pecah perut.

“Dia patut hayun skuter tu…”



“Dia ada hutang dengan burung tu ke…”

“Mesti budak tu trauma seumur hidup setiap kali nampak burung…”



Budak lelaki itu juga tidak mengendahkan lelaki yang merakam kejadian itu dan cuba untuk menawarkan bantuan kepadanya dan terus melarikan diri.

Berdasarkan komen netizen, serangan burung murai adalah biasa sepanjang musim mereka bertelur pada Ogos hingga Oktober untuk memberi amaran kepada orang lain supaya tidak menghampiri kawasan mereka- HCL

 



Burung ‘beku’ di udara jadi tular

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker