Burung ‘beku’ di udara jadi tular

TULUA – Seekor merpati putih dilihat seolah-olah ‘beku’ di udara oleh penduduk di Tulua, Columbia sehingga tular di laman sosial.Kejadian itu disedari penduduk yang kebetulan melalui kawasan kejiranan dan tergamam melihat insiden aneh itu, lapor Daily Star.

Bagaimanapun, orang ramai memberitahu, burung itu sebenarnya telah terperangkap pada wayar halus yang tidak dapat dilihat pada video.

“Kabel elektrik itu sangat halus dan tiada siapa akan perasan menyebabkan haiwan ini juga terperangkap tanpa disedari.

“Jika diperhatikan, di awal rakaman video ternampak burung itu bergerak untuk melepaskan diri, kemudian senyap sahaja,” kata penduduk enggan dikenali.



Setelah tersebar video tersebut, timbul pelbagai andaian berhubung kejadian berkenaan antaranya, menganggap objek itu drone.

Sehingga kini, tiada kepastian burung itu terperangkap atau sebaliknya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker