Individu pulang dari Sabah wajib kuarantin di rumah

Kerajaan akan melaksanakan aktiviti saringan pengesanan Covid-19 kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di pintu masuk antarabangsa (PMA) bermula esok hingga 10 Okt bagi memantau risiko penularan wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua individu yang tiba dari Sabah akan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (home surveillance atau HS) dan akan diberi surat arahan perintah itu (HS order atau HSO) serta dipakaikan gelang kuarantin.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di PMA sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka juga diwajibkan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi itu setibanya di PMA.



“Sekiranya terdapati individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan kereta Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari tersebut.

“Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19,” katanya.

Mengulas lanjut, Hisham berkata saringan ke atas individu warganegara dan bukan warganegara yang pulang dari Sabah dikecualikan daripada caj ujian Covid-19.

“Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan,” katanya. FMT



Kadir Jasin, Jangan Cakap Banyak, Jawab Ini!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker