TMJ hadir pada perlawanan JDT. Tapi tindakan Putera Sulung Buat Dia Terharu

Share

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan tindakan puteranya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilihat sedang berdoa.

Tunku Iskandar ketika hadir pada perlawanan pasukan bola sepak JDT baru-baru ini, dilihat sedang berdoa ketika kanak-kanak lain, termasuk Puteri baginda, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, sedang bermain.

Dalam hantaran terbaru di laman Facebook (FB) rasmi Tunku Ismail, baginda berkongsi perkara itu.

Tindakan puteranya yang berusia tiga tahun itu menyentuh hati baginda.

“Seorang individu telah merakam sekeping gambar pada minit ke-42, di mana pada ketika itu kanak-kanak lain, termasuk anak perempuan saya, sedang bermain tetapi anak lelaki saya iaitu Tunku Iskandar dilihat sedang berdoa. Beliau menonton bola sepak dan berdoa sendiri.

“Di sini saya ingin kongsikan sesuatu kepada para ibu bapa di luar sana. Apa yang kita lakukan di hadapan anak-anak adalah mustahak kerana anak kita akan sentiasa melihat kita untuk dijadikan contoh.

“Sudah menjadi kebiasaan apabila ingin melakukan sesuatu atau menonton bola sepak, saya akan sentiasa berdoa. Sebagai contoh, ada satu perkara yang terjadi dan amat menyentuh hati saya. Saya merasa terharu sangat.

“Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan kepada para ibu-bapa. Mustahak kita mendidik anak-anak kita mengikut apa yang kita lakukan untuk dijadikan contoh agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita,” katanya.

Pada 2018,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail iaitu putera sulung Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, Johor Bahru, hari ini.

“Sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, maka saya sebagai Raja dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja, berkenan melantik, menjadikan dan menggelar Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.- trendingsangat.pw

Leave a Reply