Sogok duit kepada pengundi, pemimpin Warisan enggan mengulas

Share

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua, tidak mahu mengulas dakwaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengatakan wakil calon Warisan cuba menyogok polis untuk mendapatkan undi.

“Mereka boleh kata apa sahaja tapi buat masa ini saya tiada komen. Kalau ada tangkapan, biar polis siasat,” katanya kepada FMT.

“Masih terlalu awal untuk ulas ketika ini kerana sedang berkempen dan apa sahaja boleh dipolitikkan. Saya tidak tahu apa-apa tentang hal itu.”

Terdahulu, Hamzah mendakwa ada wakil calon Warisan cuba menyogok anggota polis semalam, selepas kenyataan kontroversi berkait peristiwa pencerobohan Lahad Datu oleh pemimpin parti itu, Mohamaddin Ketapi.

Beliau juga mendakwa sogokan itu bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu.

“Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa…calon sebegini langsung tidak layak,” katanya pada sidang media hari ini. Fmt

Leave a Reply