Covid-19 : 82 kes baru hari ini

Covid-19 mencatatkan 82 kes baharu hari ini dengan 60 daripadanya di Sabah, menjadikan negeri itu kekal merekodkan kes harian paling tinggi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 72 adalah penularan tempatan dan 10 kes import.

Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 130 orang.

โ€œKes membabitkan 41 kluster Benteng dan masing-masing 6 kluster Pulau dan Selamat. Kluster baharu di Semporna, kluster Bangau-Bangau. Kedah pula 10 kes,โ€ katanya.



Terkini #COVID19Malaysia 22 Sept 2020
Kes sembuh= 168
Jumlah kes sembuh= 9,563
Kes positif= 82
(kes import=10, kes tempatan=72)
Jumlah positif= 10,358
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 130
Kes dirawat di ICU= 9
Bantuan Alat Pernafasan= 2

PECAHAN KES BAHARU (82)

KL-9
9 import WN pulang dari India



SELANGOR-1
1 WN saringan pra pembedahan

SABAH-60
41 kluster Benteng LD (34WN)
6 kluster Pulau (5WN)
6 kluster Selamat (3WN)
5 Kluster Bangau-Bangau (4WN)
1 WN saringan komuniti
1 WN rujukan ke hospital
SARAWAK-2
1 WN saringan bergejala
1 import BWN tiba dari Indonesia

KEDAH-10
9 WN kluster Sungai
1 WN saringan PKPD



๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚

Terdapat 6 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 35 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 595 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti
berikut:
a. Kunak (489 individu disaring):
โ€ข 29 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
โ€ข 216 individu negatif; dan
โ€ข 244 individu menunggu keputusan.
b. Semporna (106 individu disaring):
โ€ข 6 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
โ€ข 37 individu negatif; dan
โ€ข 63 individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 35 kes positif COVID-19, 31 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala empat (4) adalah warganegara Filipina.

๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜

Terdapat 6 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 25 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker