Robot anime Gundam setinggi 18 meter buat kemunculan pertama di Yokohama, mampu bergerak sepenuhnya [VIDEO]

Berita baik buat peminat Gundam!

Setelah beberapa bulan menjalani ujian gerakan penuh, kini robot setinggi 18 meter itu siap sepenuhnya dan sedia untuk debut pada 1 Oktober kelak.

Robot berkenaan bakal ditonjolkan pada penduduk Yokohama, Jepun di mana pengunjung dapat menyaksikan sendiri wira robot anime mereka.

YOSHIKAZU TSUNO/AFP via Getty Images

Projek Gundam Global Challenge ini melibatkan pencipta anime, para jurutera dan pelbagai lagi dalam merancang pembinaan robot Gundam gergasi berdasarkan model RX-78 generasi pertama siri ini.

Robot gergasi ini difahamkan dalam proses pembinaan sejak Januari lalu dan semuanya masih lagi berjalan mengikut jadual yang ditetapkan walaupun pandemik COVID-19 melanda.

Menurut laporan Popular Mechanics, robot Gundam ini memiliki kebebasan 24 darjah yang luar biasa. Ayuh saksikan video penuhnya di bawah :

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=x3B0HbnTLIA[/embedyt]

Michael Overstreet/YouTube

Untuk anda yang mungkin tidak tahu, Gundam merupakan robot fiksyen yang popular di Jepun sejak tahun 1979 lagi.

Robot Gundam ini juga difahamkan mencecah hingga 25 tan metrik dan dapat menggerakkan tubuh, kaki dan tangannya. Hebat bukan?

Walaupun kita tidak berkesempatan untuk menyaksikannya sendiri di sana, diharapkan agar video yang disertakan tadi dapat ‘mengubat’ sedikit luka di hati.-Era Baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker