Pemandu lori maut selepas rempuh kereta, hentian bas dan kedai makan

Share

Seorang pemandu maut dalam kemalangan selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah kenderaan lain, hentian bas dan kedai makan di Jalan Hulu Langat, di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 12 tengah hari.

Katanya, lori yang dipandu mangsa berusia 58 tahun itu dipercayai hilang kawalan selepas gagal mengelak sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan.

Ekoran itu, lori yang dipandu mangsa merempuh tepi kereta berkenaan dan perhentian bas serta sebuah kedai makan berhampiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan mengalami masalah kesihatan semasa memandu lori berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Awani

Leave a Reply