Janji palsu, congak kalkulator sampai Kinabalu, tak cukup tanah nak beri rakyat



Sebaran :

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin menempelak ketua menteri sementara Sabah Mohd Shafie Apdal atas janji untuk memberikan lima ekar tanah kepada setiap keluarga di Sabah.

Katanya, janji Shafie itu tidak akan mampu ditunaikan dan hanyalah satu pembohongan.

“Saya congak-congak tadi melalui kalkulator saya, saya tengok-tengok, tanah mana yang dia (nak) bagi ni?



“Sampai Gunung Kinabalu pun tidak selesai. Jadi ini merupakan satu pembohongan lagi. Janji pilihan raya yang sudah tentu takkan dapat ditunaikan sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perjumpaan Jentera BN Perkarangan Umno Tawau malam ini.

‘Shafie pening lalat’



Kelmarin, Shafie dilaporkan berkata mahu memberikan geran tanah kepada semua orang Sabah jika diberikan kuasa, iaitu sebanyak tiga atau lima ekar bagi setiap keluarga.

Katanya, ia lebih baik berbanding BR1M.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bung turut menggelarkan Shafie sebagai ‘pening lalat’ atas janji yang dibuatnya itu.



Malah Bung mendakwa Shafie turut berjanji memberikan 15 ekar kepada penduduk Lamag di kawasannya Kinabatangan, yang didakwa Bung merupakan kawasan hutan simpan.

“Rakyat saya pun (di Kinabatanagan) percaya. Saya pergi ronda satu hari dua malam, baru mereka tahu. Saya kata kamu kena tipu.

“Ini tanah tak boleh dibagi.Tak usah bilang kamu, sultan mana pun, tanah ini pun tak boleh dibagi … ” katanya lagi.



Dalam ucapannya, Bung turut menyentuh bagaimana rakyat Sabah rasa terpinggir dam ketinggalan dalam pembangunan, contohnya dalam pembinaan jalan raya yang menampakkan perbezaan antara negeri itu dengan semenanjung.

Bagaimanapun, kata Bung, situasi yang berlaku itu bukanlah salah semenanjung.

“Di Sabah ini, kita bertukar enam kerajaan sudah. Asal bertukar kerajaan, kita rugi lima tahun. Lima kali enam, kali, 30 tahun kita ketinggalan,” katanya.



“Ini sekali lagi kita tukar. 26 hari bulan (September) kita tukar, Warisan tukar dengan BN. Kita doa, mudah-mudahan kerajaan baru ini tak lagi bertukar,” katanya.

Bung turut sempat menzahirkan rasa terima kasihnya ke atas jasa bekas perdana menteri Najib Razak terhadap peruntukan untuk membangunkan Kinabatangan.

Malah, kata ahli parlimen Kinabatanagan itu, kawasannya itu menerima peruntukan yang tinggi sehingga mengundang rasa iri ahli parlimen lain.



“Banyak ahli parlimen marah. Saya kata jangan marah, ahli parlimen kena bijak, kena berani.

“Kalau menteri tak bagin(peruntukan), kita ugut sikit, dapat peruntukan. KSU (ketua setiausaha) tak bagi, kita gertak sikit, dapat lagi.

“Kena hentam dulu, baru runding belakang. Kena pakai skill, kalau tak ada skill, susah,” katanya lagi. Mk




Sebaran :


Leave a Reply