InshaAllah Sambutan Ulang Tahun Ke-40, Lefthanded Akan Adakan Siri Konsert Tahun Hadapan

Share

“Untuk merealisasikan konsert ini, apa yang lebih penting adalah kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam keadaan sekarang ini, kami akan akur kepada segala keputusan yang telah ditetapkan.

“Sebenarnya projek ini sangat bermakna buat kami dan ia telah dicetuskan oleh Man Kidal sejak lima tahun lalu. Biarpun kini Covid-19 sedang melanda dunia, kami sudah pun memulakan langkah untuk merealisasikan konsert ini,” ujarnya.

Konsert Lefthanded ‘Ultimate Experience Projek Gila’ dirancang untuk diadakan di 16 buah lokasi di seluruh negara.

Nash berkata, buat masa ini mereka akan berkampung selama empat bulan di Panggung Asia, Kuala Lumpur untuk menjalani latihan bersama-sama pasukan produksi yang akan terbabit dengan konsert berkenaan.

“Konsert yang kami lakukan ini adalah semata-mata menterjemahkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong sejak penubuhan Lefhanded sehingga ke saat ini.

“Kami juga berharap doa daripada peminat-peminat agar apa yang dirancang ini akan menjadi kenyataan dan mendapat sambutan,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang anggota Lefthanded, Man Kidal pula menyatakan mereka akan cuba membuat persembahan yang terbaik untuk siri konsert itu nanti. dan akan terus berusaha selagi mempunyai tenaga.

“Bagi saya ini merupakan satu pengorbanan dan paling utama adalah memberikan yang terbaik buat peminat.

“InshaAllah, kami akan terus berusaha selagi mempunyai tenaga untuk menghiburkan semua,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Jom Layan Lagu Ku Di Halaman Rindu

Leave a Reply