Sebab kematian misteri legenda bola sepak dunia Maradona

BUENOS AIRES: Kematian legenda bola sepak Diego Maradona dikaitkan dengan kokain, menurut satu laporan perubatan.

Serangan jantung yang dialami pemenang Piala Dunia pada November 2020 itu hadir secara tiba-tiba dan mungkin disebabkan oleh “bahan toksik”, menurutnya.

Maradona, yang memulihkan diri daripada pembedahan otak ketika itu, sudah lama diketahui ketagih dengan kokain.



Ia mencetus sinar baharu bagi kes jenayah terhadap lapan doktor dan jururawat yang akan dibicarakan mengenai cara mereka mengendalikan kes Maradona pada waktu terakhir sebelum kematiannya.

Mereka didakwa meninggalkan bekas pemain berusia 60 tahun itu dalam kesakitan selama beberapa jam ketika keadaannya semakin teruk.

Lapan individu itu, termasuk pakar psikiatrinya Agustina Cosachov, berdepan hukuman penjara 25 tahun jika didapati bersalah.

Peguam Cosachov berkata: “Mungkin ada dua punca: satu semula jadi dan satu lagi, hasil daripada pengambilan bahan toksik.”



Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun pada 25 November 2020 di sebuah kediaman sewa berdekatan Buenos Aires susulan pembedahan otak dua minggu sebelumnya.

Kematian pemain terhebat pernah dilahirkan Argentina mengejutkan satu negara dan seluruh dunia.

Dalam beberapa hari selepas kematian pemain legenda itu, keluarga dan peminatnya menuntut jawapan.

Polis menyelongkar rumah dan pejabat doktornya dan satu panel 20 pakar perubatan dibentuk untuk menyiasat kematiannya.



Lebih 200 saksi akan memberikan keterangan pada perbicaraan di Buenos Aires yang dijangka berlanjutan beberapa bulan. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker