Husam nafi keluar Amanah walau selisih pendapat dengan Mat Sabu

Naib Presiden Amanah, Husam Musa menafikan laporan yang mendakwa beliau meletakkan jawatan dan juga jawatan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebagai protes terhadap presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Dalam pesanan teks kepada FMT, Husam menolak kandungan laporan The Malaysian Insight, dengan berkata, ia “tidak betul”.

Laporan itu yang memetik sumber yang mendakwa Husam menyerahkan surat peletakan jawatan 2 minggu lepas.

Menurut sumber itu, Husam tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Mohamad, terutama kerana tidak memberikan arahan yang jelas sama ada menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad atau Presiden PKR Anwar Ibrahim.



Husam menyertai Amanah berikutan pemecatannya dari PAS pada 2016. Beliau dilantik sebagai naib presiden. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker