Bekas pembantu peribadi Aliff Syukri meninggal, ini punca penyakitnya

Bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsi isteri kepada usahawan tersebut, Datin Shahida yang memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Dukacita dimaklumkan…

“Bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..

“Mari sama2 kita sedekahkan al-Fatihah dan sama2 doakan r0hnya dicucuri rahmat, diampunkan d0sanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.



“Saya akan rindu awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak,” katanya.
Pemergian arwah turut mengundang kesedihan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad dengan berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham.

Salam takziah buat rakanku…

Sebelum ini, seorang lagi bekas pembantu yang mesra dipanggil Kak Mel turut berkongsi mengenai keadaan arwah yang sedang tenat disebabkan apendiks pecah dan kuman telah merebak ke bahagian paru-paru.

“semoga ghazi_ml di beri keajaiban.. pg td sy dpt call dari abg gazi bahawa beliau tgh tenat sekarang.. di sbbkan appendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru2 beliau.. semoga beliau di beri kekuatan… dan kesembuhan.. akk pun ingin memohon maaf jk selama kita bersama menjalankan tugasan.. akk ada terkasar bahasa dan menguris hati.. halkan mkn minum.. akk pun maafkan segala kesalahan ko dik”
MB

Pembantu Peribadi Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker