PRN Sabah : PKR dan DAP mahukan pertambahan kerusi

Share

PKR dan DAP telah mengajukan permintaan kepada parti-parti seangkatan untuk menambah kerusi yang akan dipertandingkan mereka dalam pilihan raya Sabah.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Warisan, Datuk Liew Vui Keong berkata, rundingan mengenai pengagihan kerusi sedang dijalankan.

Beliau berkata, parti-parti Warisan+ telah mengadakan mesyuarat dan rakan-rakan politik juga telah mengajukan pandangan dan hasrat masing-masing kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.


Jelasnya, keputusan mengenai pengagihan kerusi akan ditentukan oleh pemimpin-pemimpin parti pada beberapa hari akan datang.

“Mohd. Shafie telah mendedahkan bahawa calon-calon Warisan+ akan diumumkan pada pukul 10 pagi, 10 September,” katanya kepada Oriental Daily.

Kata Vui Keong lagi, isu mengenai penggunaan lambang Warisan juga masih dibincangkan.


“Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dan mengumumkan penggunaan lambang PKR, tetapi ada juga orang PKR yang berpendapat adalah baik jika lambang parti diselarikan.

“Oleh itu, parti-parti dalam Warisan+ masih berbincang mengenai perkara ini,” katanya. – MG

Leave a Reply