Annuar bidas cadangan Zahidi caj perkhidmatan jualan dalam talian

Share

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menegaskan kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk mengenakan sebarang caj perkhidmatan untuk urus niaga dalam talian.

Malah, kata Annuar, sekiranya cadangan sedemikian dibawa ke peringkat kabinet sekali pun, dia pasti akan membantahnya.

“Bayaran perkhidmatan untuk urus niaga dalam talian? Tidak kira berapa (kadarnya), kerajaan tak pernah buat keputusan begini.


“Jika dibawa kabinet, saya pasti akan bantah!” ciap Annuar petang ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu memang tidak menamakan sesiapa dalam ciapan tersebut namun dipercayai dia memberikan reaksi kepada kenyataan dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin hari ini.

Zahidi dilaporkan berkata kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembelian yang dibuat secara dalam talian.


Ia termasuk transaksi melalui portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Kata Zahidi kutipan wang berkenaan dapat digunakan kerajaan untuk menangani isu keselamatan siber yang menelan belanja tinggi.

Dia berkata demikian selepas menghadiri suatu program di Bachok, Kelantan.


Bagaimanapun, kata Zahidi pihaknya belum menetapkan jumlah minimum pembelian yang membolehkan caj itu dikenakan. Mkini

Leave a Reply