Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri akibat kemalangan

Peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya, petang semalam.

Wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea memberitahu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau! ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

“Ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage.

“Kami belum mendapat butiran terperinci bagaimana nahas itu berlaku. Kami masih menanti penjelasan doktor mengenai keadaan Sandra. Apa yang dikhabarkan, Sandra masih belum sedarkan diri.



Sandra dan sepupunya ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri sesi latihan konsert mingguan Big Stage 2020 di Putrajaya, semalam.

“Keluarga Sandra ada menemaninya di hospital,” katanya kepada BH Online.

Vea meminta peminat mendoakan kesejahteraan penyanyi yang berasal dari Sabah itu.

“Doakan Sandra agar segala-galanya dipermudahkan,” katanya. BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker