PRU15: Pemuda PAS mahu satu lawan satu

Pemuda PAS berkata selepas penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional (MN), gabungan parti itu akan melangkah ke fasa seterusnya termasuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khirudin berkata, langkah kerjasama itu juga membuka ruang dan memudahkan proses rundingan kepada pertandingan 1 lawan 1 antara parti yang mendokong Perikatan Nasional (PN) termasuk MN melawan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kami amat menunggu berita gembira ini (penyertaan PPBM dalam MN) kerana kemasukan PPBM akan mengukuhkan MN dan sasaran kita seperti mana kita setuju sebelum ini untuk pastikan pertandingan 1 lawan 1 satu menentang PH dalam PRU15.

“Kita harap penyatuan ini akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya kepada FMT.



Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa berkata MN menerima PPBM dalam gabungan itu yang turut dianggotai Umno dan PAS.

Beliau berkata, MN menerima penyertaan PPBM dan ingin melihat penyatuan serta perpaduan orang Melayu bertambah mantap selaras piagam MN yang termaktub sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Khairil berkata pihaknya dalam proses mengadakan perbincangan antara Pemuda MN bersama Pemuda parti yang mendokong kerajaaan PN bagi mencari titik persetujuan.

“Di peringkat Pemuda kami dalam proses perbincangan antara gabungan parti dalam memperkukuhkan lagi kerjasama,” katanya.



Beliau juga yakin isu pembahagian kerusi antara parti yang mendokong pembentukan kerajaan PN akan diselesaikan secara konsensus. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker