PRU15: Muafakat Nasional Selangor tumpu menang kerusi Parlimen

Share

SHAH ALAM – Muafakat Nasional Selangor akan memberi tumpuan terhadap program turun padang ke kawasan Parlimen di negeri ini dalam strategi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, program pengurusan Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas itu mempunyai strategi perancangan menyeluruh.

“Program turun padang ke Parlimen di Selangor bagi mengenal pasti kekuatan ini dijadualkan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.


“Kelemahan dan kesepakatan jentera operasi pilihan raya dengan strategi menang PRU15. (Mohon) doakan kami,” katanya menerusi status dimuat naik di Facebook awal pagi tadi.

Pada PRU14 lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi dua daripada 22 kerusi Parlimen Selangor iaitu di Parlimen Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, BN kini mempunyai satu kerusi selepas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Bersatu.


Komposisi Parlimen Selangor ialah Parti Keadilan Rakyat (lapan kerusi), Amanah (lima), DAP (empat), Bersatu (empat) dan BN (satu).

Leave a Reply