Messi boleh digantung, denda

Lionel Messi berdepan penggantungan dan denda £1.1 juta (RM6.11 juta) kerana tidak menyertai latihan Barcelona ketika pertelagahan mengenai status “ejen bebas” tercetus dengan kelabnya itu.

Bintang Barcelona itu tidak melaporkan diri untuk latihan semalam ataupun Ahad lalu ketika ujian COVID-19 dijalankan terhadap skuad.

Marca berkata Messi – yang dilaporkan ditawar £450 juta (RM2.501 bilion) sepanjang lima tahun oleh Man City – dijangka akan dikenakan “penalti serius” kerana tindakannya.

Messi, 33, percaya dia bukan lagi pekerja kelab itu tetapi pengurusan Barca menegaskan pemain itu masih lagi kapten di Nou Camp.



Ia menurut laporan berdasarkan “perjanjian bersama La Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol”.

Marca berkata dokumen itu menegaskan “kesalahan serius apabila pemain ‘meninggalkan kerja’ tanpa sebab tertentu’.

Mengelak ujian coronavirus dan terlepas latihan adalah kesalahan berbeza.

Marca mendakwa jika tiga kali tidak hadir boleh menyebabkan gaji 11 hari dipotong atau denda 25 peratus daripada gaji bulanan. – Agensi



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker