Guan Eng terdesak sehingga mendesak SPRM siasat Timb Menteri Pertahanan

Nampaknya Lim Guan Eng begitu terdesak dan tertekan dengan kes rasuahnya sehingga mendesak SPRM menyiasat Timbalan Menteri Pertahanan, Ikhmal Hisham.

Ikhmal Hisham didapati telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Ismail Sabri agar menyokong anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.

Ismail Sabri telah pun menyatakan bahawa anak Ikhmal Hisham tidak akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.

Tidak terdapat unsur rasuah pun di sini, tiada habuan dijanjikan sekiranya anaknya dilantik. Setakat surat sokongan adalah perkara biasa.



Lim Guan Eng kena berusaha keras untuk mencari isu menghentam kerajaan sekarang. Gunakan akal, jangan nampak bodoh.

Berikut adalah berita dari FMT :

Guan Eng desak SPRM siasat Timb Menteri Pertahanan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengeluarkan surat sokongan melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.



Katanya, Ikmal bukan saja mengaku beliau menulis surat sokongan itu malah mengakui tindakannya salah dan menarik balik surat berkenaan.

“Tindakan mengeluarkan surat sokongan bagi melantik anak sendiri, sekali dengan persetujuan Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan), jelas melanggar salah 1 kesalahan SPRM meminta rasuah atau habuan.

“Jelas di sini bahawa sudah terlambat untuk Ikmal menafikan tanggungjawab kerana beliau sudah pun melakukan tindakan mengeluarkan surat sokongan tersebut untuk mendapatkan habuan bagi anak sendiri dengan menyalahgunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri pertahanan.

“Malah, tindakan untuk mendapatkan habuan tersebut boleh dianggap telah genap dan lengkap apabila Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan Ikmal untuk melantik anaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Minggu lalu, tular surat sokongan Ikmal yang meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Lim berkata, tindakan Ikmal memberikan surat sokongan melantik anaknya adalah gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang sedang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam surat Ikmal kepada menteri kanan itu, Ismail meminitkan kepada pengerusi lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyatakan persetujuannya melantik anak Ikmal sebagai pengarah Pharmaniaga.

Pemegang saham terbesar Pharmaniaga ialah Boustead Holdings. Manakala LTAT merupakan pemegang saham terbesar Boustead Holdings dan juga pemegang saham dalam Pharmaniaga.



Terdahulu, Ismail mengesahkan anak kepada timbalannya tidak dilantik sebagai sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Selain itu, beliau mengakui memberikan sokongan berhubung cadangan pelantikan anak timbalannya itu untuk memegang jawatan berkenaan namun menegaskan tidak mencampuri urusan pelantikan, sebaliknya menyerahkan kepada syarikat tersebut untuk membuat keputusan.

Related Articles

One Comment

  1. Don’t start pointing at others just to cover up your mistakes,uncle Lim..instead, start preparing all the answers for SPRM on your wrongdoings. Be a gentleman for once..like BOSSKU !!!
    Take it or lump it ..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker