Menteri Sivakumar digesa supaya bercuti dari tugas

 

Sayap Bersekutu Bersatu menggesa V Sivakumar supaya bercuti daripada menggalas tugas sebagai menteri sumber manusia sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah bernilai RM97 juta yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Ketua penerangan sayap parti politk itu, S Subramaniam berkata tindakan itu wajar memandangkan dua pegawai kanan yang ditahan oleh SPRM bekerja untuk menteri.



“Laporan media mengatakan setiausaha sulit dan pegawai tugas-tugas khas menteri telah ditahan oleh SPRM. Kedua-dua suspek ini dilantik oleh menteri selepas beliau menjadi menteri.

“Maka, beliau wajar bercuti sehingga SPRM menyelesaikan siasatan ini.

“Mungkin ada konflik kepentingan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Subramaniam (gambar, atas) mengulas laporan dua pegawai kanan menteri sumber manusia ditahan SPRM.



Selain pegawai kanan menteri, SPRM telah menahan tiga suspek setakat semalam termasuk seorang ahli perniagaan dari Ipoh bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan penggajian pekerja asing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan siasatan SPRM tertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Sivakumar yang juga ahli parlimen Batu Gajah sebelum ini berkata dia tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat pihak berkuasa.



Katanya, dia dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan.

Sementara itu, Subramaniam meminta pendirian DAP mengenai kes ini.

“Saya masih ingat, pada 2017, DAP mendesak menteri sumber manusia ketika itu Richard Riot untuk bercuti berkaitan siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dana RM40 juta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) melibatkan setiausaha politik menteri.

“Maka, sekarang kita nak lihat apakah pendirian DAP pada kali ini,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker