MKT UMNO tentukan keputusan parti sertai MN, Kerajaan PN – Mahdzir

Share

9
Keputusan UMNO menyertai Muafakat Nasional (MN) dan Ahli Parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa juga pandangan yang dikeluarkan selepas keputusan MKT UMNO dibuat, adalah pandangan peribadi semata-mata.

“Justeru, saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah adalah pandangan peribadi beliau.

“Namun, kita tetap menghormati pandangan yang telah dilontarkan oleh Tengku Razaleigh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Tengku Razaleigh berkata tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam ‘pakatan Melayu-Islam yang didukung MN’.

Dalam satu kenyataan, Tengku Razaleigh menggesa pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet PN supaya menarik diri daripada kerajaan ekoran keputusan Bersatu itu.

Dalam pada itu kata Mahdzir berkata, sebarang ketetapan yang diambil oleh UMNO dalam apa jua keputusan, haruslah melalui Biro Politik UMNO dan MKT UMNO terlebih dahulu. Awani

Leave a Reply