Penunggang Motosikal MeninggaI Dunia selepas ‘Melekat’ Pada Belakang Lori Di Lebuhraya DUKE

 

Gambar yang melibatkan seorang penunggang motosikal mengalami kemaIangan dengan sebuah lori. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila badan dan muka mangsa dilihat ‘Melekat’ pada bahagian belakang lori terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku pada 28/8/2020 sekitar jam 3 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ting Teck Loo, 43, dipercayai telah gagaI untuk mengelak daripada melanggar lori yang diletak di bahu jalan akibat mengalami masalah teknikal iaitu kerosakan gear.

Melihatkan keadaan badan dan wajah mangsa yang ‘melekat’ di bahagian belakang lori, orang awam terpaksa menunggu sehingga pihak bomba tiba untuk menyelamatkan mangsa agar tiada perkara yang lebih buruk berIaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Pengvatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, m4ngsa telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan B0mba dan Penyelamat beberapa ketika kemudian.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki cedera parah pada bahagian muka selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 1.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Sungai Buloh di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa Ting Teck Loo, 43, dipercayai gagal mengelak lori yang dipakir di tepi jalan akibat kerosakan gear menyebabkan badan serta mukanya ‘melekat’ di bahagian belakang lori berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian.

“Beliau yang cedera parah di muka dan kaki itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kini berada di zon merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu dan kelindan lori telah membuat kawalan dan memasang segi tiga keselamatan di belakang lori itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video berdurasi 13 saat yang memaparkan insiden mangsa ‘melekat’ di bahagian belakang lori dalam kemalangan itu, tular di laman sosial, hari ini.

— BERNAMA

Isteri mangsa bagaimanapun mengesahkan kematian suaminya selepas di rawat di hospital Kuala Lumpur

Namun begitu, isteri mangsa mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian akibat kecederaan teruk paru-paru berdarah. Beliau juga ada memuat naik sebuah gambar mereka sekeluarga beserta tulisan yang sangat menyayat dan menyentuh hati.

In the afterlife
Let’s do a role change.
You’re a woman, I’m a man.
Let me take this responsibiIity to bring you happiness

 

28 AUG…

Salam takziah buat keluarga mangsa.

KreditBernama , Dedahmedia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker