Najib jawab tiga tuduhan Mahathir

Datuk Seri Najib Razak malam ini ‘memulang paku buah keras’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tuduhannya kepada beliau pada ceramah yang dihadirinya semalam.

Ahli Parlimen Pekan menggunakan pentas ceramah malam ini menepis tuduhan bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu terhadap tiga perkara yang membabitkannya dan juga UMNO.

“Semalam, ada orang itu (Mahathir) datang, dia bercerita tiga perkara. Saya dengar, saya tengok FB, mendidih saja. Jadi sana nak jawab malam ini,” katanya ketika berceramah pada malam terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di sini sebentar tadi.

Semalam, Mahathir dalam ceramahnya menyentuh kerugian yang ditanggung FELDA, Najib cash is king dan sebab beliau mahu keluar dari UMNO kerana menyifatkan pemimpinnya sebagai penyamun dan penyangak.



Menjawab perkara itu, Najib berkata, masalah yang dihadapi FELDA telah berlaku sejak tahun 1996 ketika pentadbiran negara dipimpin oleh Mahathir.

Ujarnya, FELDA tidak lagi dibantu pada tahun tersebut dan mencari dana sendiri untuk meneruskan kelangsungan.

Dalam pada itu Najib berkata, kepincangan PH didedahkan pula oleh seorang pemimpin muda parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu dikatakan terlepas cakap dan pendedahan beliau yang tidak sengaja itu menunjukkan kerajaan terdahulu amat kejam kepada rakyat.



Najib turut memberitahu, tuduhan yang mengatakan beliau seorang ‘perompak khazanah rakyat’ adalah sangkaan jahat dan menyeleweng kerana sifat itu sebenarnya ada pada diri orang lain.

Ujarnya, anak-anak beliau tidak ada seorang pun yang mendapat kontrak berbilion ringgit malah tidak juga menaiki jet peribadi.

“Tak apalah, saya tak sebut peribadi orang itu. Saya tak main cara itu. Facebook saya pun dapat sambutan hangat,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Related Articles

One Comment

  1. Perangai atok sungguh menjijikkan….pedengki pedendam pemfitnah tamak haloba…dah tua pun masih tak sedar diri banyak menyusahkan rakyat….pastikan PRU15 ini partinya ZERO.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker