Amanah seperti dewan himpunan penyokong DAP –Hj Hadi

Share

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) hanya seperti dewan perhimpunan penyokong DAP semata-mata.

Beliau berkata, parti itu tidak mempunyai matlamat dan hala tuju perjuangan sendiri, melainkan menjadi penyokong tegar kepada parti cauvinis itu.

“PAN (Amanah) terpaksa mencari talian hayat dengan membuat kenyataan yang tidak mempunyai makna dan maksud.


“Mereka hanyalah seumpama Dewan Himpunan Penyokong DAP,” katanya ringkas kepada media di Terengganu, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Amanah hanyalah untuk menyatakan mereka masih wujud.

“Kalau tidak ada kenyataan yang hendak dihalakan kepada Pas, maka mereka ini seperti tidak wujud di mata orang ramai,” katanya.


Beliau turut menyatakan, pengikut Pas masih setia kepada perjuangan parti, manakala Amanah hanya mendapat undi sokongan dari DAP saja.

Ujar Abdul Hadi, parti itu hidup pun dengan dokongan DAP. – MalaysiaGazette

Leave a Reply