Pas sokong Pejuang, Mukhriz ada lampu ajaib – Tok Mat

Dakwaan mengatakan akan terdapat pengundi Pas mengundi calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya diketahui pada 29 Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak memiliki lampu ajaib untuk mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga tidak pasti sama ada dakwaan yang dibuat bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu adalah berasas.

“Kita tengoklah 29 Ogos ini dan saya tidak ada lampu ajaib. Terpulang kepada beliau (Mukhriz) kalau ada (lampu ajaib).



Sebab itu saya mohon pengundi di Slim keluar beramai-ramai sokong Mohd Zaidi Aziz yang didokong Kerajaan Perak dan Perikatan Nasional yang dapat membawa isu tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta dakwaan Mukhriz hari ini bahawa Pejuang yakin dapat menarik sokongan ahli PAs dan pengundi atas pagar untuk mengundi calon mereka, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, pada Sabtu ini.



Mukhriz berkata, pihaknya difahamkan terdapat ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam PRK itu.- MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. Yang didakwa oleh Mukhriz tu hanya angan2 Parti PujaWang. Jangan ambil pot. Kat Kedah dulu pun Pas tak sokong inikan pula di Perak.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker