PRK di Johor suram kerana jentera, rakyat kelesuan politik selepas PRN

PRK di Johor suram kerana jentera, rakyat kelesuan politik selepas PRN

Suasana suram minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ketika ini, didakwa kerana kelesuan politik selepas jentera parti dan rakyat baharu sahaja selesai Pilihan Raya Negeri (PRN), awal bulan ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr Rahimy Ramli, berkata walaupun berdepan situasi itu namun calon dan jentera parti tidak boleh mensia-siakan tempoh 14 hari kempen demi menyuburkan semangat demokrasi.



“Berdasarkan jumlah permit yang dikeluarkan bagi penganjuran ceramah, ia dilaporkan tidak banyak dan jelas menunjukkan pendekatan kempen sebegitu tidak begitu digunakan pada PRK ini.

“Beberapa siri pilihan raya dalam tempoh terdekat, menyebabkan mereka mengalami kelesuan politik selain wujudnya tanggapan bahawa PRK ini tidak memberi impak kepada landskap politik negeri dan Persekutuan.

“Isu yang dimainkan juga dilihat tidak berjaya menarik pengundi kerana banyak berkaitan isu nasional berbanding isu tempatan. Mungkin isu tempatan tidak diketengahkan sangat bagi menghormati Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya kepada BH, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan suhu kempen bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan enjin jentera kempen bagi parti yang bertanding dilihat baharu hendak dipanaskan dalam perlumbaan untuk memenangi hati pengundi.



Sehingga Isnin lalu, sebanyak tiga permit ceramah dan tiga permit kempen bagi kawasan Pulai dan satu permit ceramah bagi kawasan DUN Simpang Jeram diluluskan pihak polis.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan pemergian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Pada masa sama, Rahimy berkata, kempen perlu dipergiatkan sama ada melalui media sosial atau secara fizikal dari awal bagi menaikkan semangat pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 9 September ini.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA, Dr Ariff Aizuddin Azlan, mengakui momentum dan mobilisasi jentera parti sepanjang minggu pertama kempen PRK di Johor ketika ini agak perlahan dan kurang rancak.



Beliau menyifatkan ada terdapat beberapa faktor menyumbang situasi itu termasuk kempen bercorak tradisional yang dilihat sudah kurang mendapat sambutan.

“Kempen adalah suatu platform yang penting kerana ia proses untuk menyuburkan demokrasi untuk menerangkan kepada pengundi pentingnya keluar dalam menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Namun seperti pelaksanaan kempen pada pilihan raya sebelum ini, beliau meramalkan minggu kedua lebih hangat dengan senjata sama dijangka digunakan pembangkang bagi meraih sokongan pengundi.

Katanya, taktik memainkan isu berkaitan Islam, Melayu dalam Kerajaan Perpaduan dijangka digunakan sekali lagi oleh pembangkang kerana yakin ia mampu menarik pengundi memberi sokongan buat mereka.



“Mereka akan mengulangi senjata sama dengan mensensasikan isu sensitif kerana ia adalah modal utama untuk memastikan pengundi menyokong mereka, pada minggu terakhir kempen.

“Ia adalah perkembangan tidak sihat dan suatu pembawaan budaya negatif dalam konteks berkempen yang sepatutnya disemai dengan pendidikan politik dan visi pembangunan di kawasan Parlimen dan DUN itu,” katanya. BH

PRK di Johor suram kerana jentera, rakyat kelesuan politik selepas PRN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker