Covid-19: 11 kes baharu, 6 sembuh

Terdapat 11 kes baru Covid-19 yang telah dilaporkan setakat jam 12:00 tengah hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 8 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 6 memerlukan bantuan alat pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,285 kes Covid-19 dengan 8,971 daripadanya sembuh.

Ketika ini, 189 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker