Azmin kena smash : PH gagal 22 bulan, Azminlah menterinya, kata Mat Sabu

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan tindakan bekas sekutunya, Mohamed Azmin Ali memalukan diri sendiri apabila mengkritik kerajaan terdahulu yang beliau sendiri sebahagian anggota Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, tuduhan Azmin yang kerajaan PH gagal selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan tidak lebih daripada mengakui kelemahan sendiri.

“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebab dia jadi menteri 22 bulan.

“Malu hadirin sekalian, kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya ketika ceramah perdana PH membantu kempen calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi.



Mohamad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang meminta pengundi Slim jangan menyokong PH tetapi menyokong Perikatan Nasional (PN).

Azmin berkata, rakyat sudah memberi peluang kepada PH untuk memerintah kerajaan persekutuan dan negeri selama 22 bulan, tetapi PH gagal kerana tidak mampu membela rakyat.

Katanya, jika wabak Covid-19 berlaku pada zaman pemerintahan PH, mungkin lebih ramai rakyat menderita bukan kerana wabak itu, tetapi disebabkan kerajaan PH.

“Ketika zaman PH, minta wang tiada…semua tiada, tetapi kita tengok hari ini dalam pentadbiran kerajaan PN masalah itu tidak timbul demi membantu semua rakyat di negara ini.



“Kita memberi peruntukan bukan disebabkan pilihan raya, menteri besar bukan kerja setakat jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja, tetapi menteri besar Perak bekerja 24 jam untuk rakyat,” kata Azmin ketika melawat bilik gerakan MIC pusat daerah mengundi (PDM) Ladang Sungkai dekat Kampung Hendra, Sungkai pagi tadi. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker