Ibu tunggal ditolak bantuan Penjana boleh mohon semula sebelum 31 Okt

Ibu tunggal yang ditolak permohonan untuk bantuan “one off” sebanyak RM300 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), boleh membuat permohonan semula sebelum 31 Okt ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sejak permohonan dibuka Julai lalu, hanya 25,000 permohonan diluluskan dan selebihnya ditolak berikutan maklumat tidak lengkap seperti tidak mengemukakan surat perceraian dan dokumen kematian suami.

“Ibu tunggal di seluruh negara jangan mudah berputus asa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan Penjana ditolak, mereka masih berpeluang mengemukakan permohonan baru dengan segera.

“Pemohon boleh merujuk Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bagi mendapat penjelasan status permohonan mereka,” katanya selepas perasmian Program Turun Padang kementerian itu di Ladang Sungai Terah di sini semalam.



Siti Zailah berkata, Penjana menyasarkan untuk membantu 150,000 ibu tunggal sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker