Kayuhan Merdeka semarak semangat patriotisme – Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini melepaskan sekumpulan kira-kira 50 penunggang basikal sempena Kayuhan Merdeka #ADABRAN dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini ke Slim, Perak awal pagi semalam.

Kayuhan Merdeka itu yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Subang Jaya, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertolak dari PWTC kira-kira 7.45 pagi tadi dan akan berhenti di beberapa hentian sebelum meneruskan perjalanan ke Slim.

Najib dalam ucapan pelepasan kumpulan berbasikal itu memuji semangat yang ditunjukkan oleh sekumpulan anak muda terbabit bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan kali ke-63 pada tahun ini.

“Ini gambaran contoh rakyat Malaysia yang kita boleh banggakan. Kita ikut peraturan.



“Kita tunjuk semangat untuk menaikkan rasa kekitaan dan kebersamaan atas semangat patriotik dan 1Malaysia, maka kita akan berkayuh sampai ke Slim,” katanya berucap sebelum melepaskan Kayuhan Merdeka di PWTC, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berharap dengan acara kayuhan sebegini mampu menggalakkan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang, sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat.

“Mudah-mudahan ini selain daripada kita mengibarkan bendera Jalur Gemilang kita juga berharap memberi inspirasi kepada yang lain yang turut ambil bahagian dalam acara kayuhan,”

“Saya dan cyclist buat senaman-senaman supaya kita jadi rakyat Malaysia yang cergas dan sihat serta mengamalkan gaya hidup yang boleh menaikkan produktiviti negara Malaysia kita ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker