Ketum: Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan

Share

Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses air ketum, dalam serbuan di sebuah pondok berdekatan sebuah blok rumah pangsa di Taman Rinting, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata kesemua lelaki berumur antara 22 dan 57 tahun itu ditahan pada 4.45 petang, hasil maklumat awam dan risikan polis.

Beliau berkata polis turut merampas lima kilogram daun ketum yang disimpan di dalam sebuah kereta berhampiran pondok berkenaan dan 16.40 liter air ketum di sebuah stor di blok berkenaan.


Hasil siasatan mendapati kegiatan terbabit sudah beroperasi kira-kira setahun lepas, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki berkenaan negatif dadah dan direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan.
BERNAMA

Leave a Reply