Saya ada hantar surat lain untuk tarik balik sokongan

Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz mendakwa dia ada menghantar surat lain untuk meminta pembatalan surat sokongan yang dibuat sebelumnya berhubung cadangan agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Syarikat Pharmaniaga.

Ikmal menyatakan rasa kesal dan mengakui kelemahan pihaknya berhubung perkara itu. itu dan memaklumkan kepada menteri supaya membatalkan sokongannya.

“Saya akui terdapat beberapa kelemahan daripada pihak saya dan Insya-Allah, perkara ini akan diperbetulkan secepat mungkin.

“[….] Seingat saya, saya ada buat satu lagi surat, yang saya minta menteri untuk menarik balik cadangan permohonan saya itu dan maklumkan kepada menteri supaya batalkan.



“Malah saya juga telah maklumkan kepada LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) supaya tidak melantik di mana-mana pengurusan.

“Jika diikutkan saya boleh menghantar surat secara terus kepada pengerusi LTAT, namun saya menghormati menteri dengan bertanya pendapat dan sokongannya terlebih dahulu.

“Walaupun ada surat sokongan, lantikan tetap tertakluk kepada syarikat berkenaan selain mengikut kemampuan dan kelayakan pemohon,” katanya pada sidang media selepas majlis persindangan Bersatu Parlimen Tanah Merah, di Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

Terdahulu, salinan surat sokongan yang ditulis Ikmal Hisham meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga, tular di media sosial.



Surat berkenaan yang ditujukan kepada Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob bertarikh 5 Jun 2020, mengandungi nota sokongan Ismail kepada pengerusi LTAT yang mengatakan dia bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun Ismail kemudiannya menegaskan pemberian sokongan termasuk menandatangani surat permohonan bukan jaminan untuk seseorang individu mendapat jawatan dalam mana-mana organisasi.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata anaknya juga sudah dimaklumkan berhubung perkara itu sebelum ini.

“Sebenarnya surat yang viral (tular) itu sudah lama, bertarikh 5 Jun, malah anak saya sudah dimaklumkan sebelum ini bahawa dia tidak dilantik.



“Saya terkejut apabila surat ini tular, tambahan pula, apabila ia berlaku sehari sebelum hari pemilihan, tetapi saya berfikiran positif dan beranggapan mungkin ianya hanya kebetulan sahaja,” katanya. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker